Falsafah pengurusan dan kerja Ibnu Khaldun

Perniagaan adalah berkisar kepada kehidupan. Ia memerlukan perancangan, adaptasi tanpa henti.ketabahan dan kekuatan. Ia juga memerlukan kesabaran dan keupayaan untuk bekerjasama danberganding bahu dengan orang lain. Tambahan lagi, kita dikehendaki belajar untuk hidup dengan jiran sebagai mana berupaya untuk memahami strategi pihak lawan dan pergerakannya. Yang paling teratas adalah kita mesti bekerja keras untuk berjaya.

IBN KHALDUN ( 1382-1395 S.M) terkenal sebagai ilmuwan sejarah yang lahir diTunisia dan dikenali sebagai pelopor bidang sosiologi, ekonomi dan sejarah.

Cendekiawan sejarah abad ke- 14 ini telah menulis berkenaanpemerhatian beliau dalam semua iklim geo-politik pada masa itu. Karyahebat beliau bertajuk Muqqadimah memberi gambaran pemikiran beliauberkenaan pengurusan dan kerja.
Para pembaca akan mendapat laluan terus berkenaan perkara tersebut.Komen-komen yang terdapat pula hanya untuk memandu semula intipati-intipati penting dalam karangan beliau.
Matlamat adalah untuk mengenetengahkan idea segar berkenaankepimpinan yang cuba digarap bagi menyuburkan keharmonian dalampangkat dan kesetiaan kepada organisasi melalui penggunaan konsepmentor yang berasaskan corak pengurusan. Kemudian, kita akan bergerakke idea Ibnu Khaldun berkenaan kerja, kejayaan dan perniagaan.

Apa itu pengurusan/kepimpinan ?

Ramai cendekiawan klasik telah menghasilkan buku dan penulisan yang jatuh ke genre yang dipanggilNasihat al Muluk (nasihat kepada raja). Nasihat-nasihat ini ditujukan bagi penguasa diraja yangmenegaskan bahawa mereka (cendekiawan) adalah orang yang berkhidmat di mahkamah-mahkamahsultan, khalifah dan putera raja di pelbagai wilayah yang menjadikan mereka lebih rapat denganmahkamah yang ditubuhkan. Mereka telah memerhati kerja-kerja dalaman, politik dan perkara yangmenyeleweng antara pekerja mahkamah sebagai mana juga permainan dalam antara mahkamah danrakyat jelata.
Ibnu Khaldun menulis “ Pemerintahan yang baik adalah bersamaan dengan belas kasihan (disebabkanoleh toleransi dan keanjalan)…. Sekiranya pemerintah menggunakan kekerasan dan bersedia untukmenguatkuasakan hukuman dan suka mendedahkan kesalahan rakyatnya..mereka akan menjadi takutdan tertekan dan cuba mencari perlindungan melalui kaedah penipuan, suka mengelak dari dikenakanhukuman dan berbohong…sekiranya pemerintah berterusan mengenakan kuasa cengkaman kepadarakyatnya, perasaan kekitaan akan musnah. Sekiranya pemerintah lembut dan memaafkan kesalahan,rakyat akan berlindung dan mempercayainya..(ms 153)
Pemerhatian Ibnu Khaldun ke atas iklim politik ini datangnya dari keadaan persekitaran pada waktu itu.Sungguh pun begitu, ia masih boleh diaplikasikan kepada teori pengurusan perniagaan moden.Pemikiran beliau menekan kepada kaedah penyuburan dalam pengurusan yang mana pengurus akanberusaha untuk mengekalkan kesetiaan dari orang bawahannya yang mana keputusan i(kesetiaan) inidatang daripada kekuatan yang wujud dalam kelebihan dan kelemahan dan setrusnyamemanifestasikan sikap tersebut dalam organisasi. Pada pemikiran Ibnu Khaldun, seorang pengurusakan dilihat sebagai guru, pemberi motivasi dan strategis.

Apakah yang menggalakkan seseorang itu bekerja?

Tambahan kepada apa yang ditulis berkenaan pengurus yang unggul (dalam konteks pemerintah),Ibnu Khaldun juga telah meninggalkan kepada kita satu bentuk pemikiran yang boleh menggalakkan seseorang itu bekerja. Umum mengetahui bahawa untuk memastikan pekerja bermotivasi tinggi untukbekerja dalam satu organisasi adalah satu masalah yang memeningkan. Ibnu Khaldun, secara sistematik memberitahu kita yang seseorang perlu memperolehi pendapatan sebagai rezeki baginya.Namun, ini akan bergerak scara progresif yang bakal membabitkan peningkatan dalam pangkatsupaya beliau dapat memperolehi lebih pengaruh dan kemewahan dimata masyarakat.

Berkenaan Kemahiran Perundingan:

“Sekiranya seorang peniaga itu tidak takut akan pertengkaran, tahubagaimana menyelesaikan kesudahannya dan sentiasa melibatkan diridalam pertikaian..dia lebih mudah untuk dilayan adil olehpedagang..sebaliknya, dia mesti mempunyai perlindungan dalampangkat..sesiapa yang tidak boleh bersikap agresif…mestilah elakkandiri dari perdagangan.

Sseorang itu perlukan pendapatan bagi kehidupannya

“Manusia, secara semulajadi memerlukan sesuatu bagi menyaranya dan menyediakan baginya semuakeadaan (keperluan) dan tahap kehidupan dari masa awal perkembangannya sehinggalah matang danpada waktu tua. Allah telah menciptakan semua dalam dunia ini bagi manusia dan memberinya,sebagi petunjuk dalam beberapa surah dalam Al-Quran. Manusia akan menjelajah ke pelusuk duniadan semua isinya kerana Allah menjadikan manusia itu khalifah diatas muka bumi.” (ms 297)
Ini adalah komen Ibnu Khaldun berkenaan keperluan seseorang atas pendapatan yang berdasarkanpemahaman dalam Al-Quran berkenaan makhluk yang dijadikan khalifah di muka bumi oleh ALLAH.Dnegan menyatakan bahawa “Tuhan telah menciptakan segalanya…bagi manusia” belia telah merujukkepada surah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa bumi ini telah dijadikan musakhar (patuhkepada arahan) kepada manusia supaya mereka dapat menggunakan sumbernya bagi tujuankebaikkan demi kemanusiaan dan kesejahteraan. Kerja mereka (manusia) adalah terarah kepada matlamat iaitu menguasai persekitarannya.

Apa itu kehidupan?

Dalam karangan yang panjang yang berikutnya, Ibnu Khaldun telah membahagikan kehidupan kepadabeberapa mod yang berbeza menurut kefahamannya dan mendedahkan keadaan di ketika dia hidup.Dinyatakan oleh beliau berkenaan percukaian, pemburuan, pertanian, kraf dan perdagangan sebagaimaksud sebenar dalam mencari rezeki. Intipati kepada semua aktiviti adalah di bawah tajukperdagangan dengan perniagaan komoditi, produk atau pada hari ini – idea-idea. Perkara yangmenarik untuk diambil adalah beliau mengenalpasti perdagangan dengan pemerhatian pada keadaanpasaran, satu perkara yang tidak termasuk pada pemburuan, pertanian dan kraf.

Dibawah adalah perkara yang dirangkum dengan lebih jelas.

”Adalah untuk dimaklumkan bahawa “kehidupan” bermaksud satu keinginan bagi memperolehi rezekidan usaha bagi mendapatkannya.”Rezeki dan faedah boleh diperolehi melalui pemilikan kuasa yang akan menjauhkannya dari yang laindan kesesuaiannya adalah menurut norma umum yang telah dikenalpasti. Inilah yang dipanggil percukaian dan pengenaanya.Atau dari haiwan liar dengan membunuh atau menangkapnya secara keseluruhan di daratan atau dilautan. Atau dari haiwan ternakan dengan mengestrakkan produk berlebihan yang digunakan olehorang ramai seperti susu, sutera, madu lebah atau dari tumbuhan yang ditanam dan tumbuh sebagaipokok melaui percambahan dan penyediaan bagi pengeluaran buah-buahan yang kesemuanyadipanggil pertanian.Atau dari faedah yang diberi oleh penggunaan tenaga buruh untuk sesuatu bahan yang khusus. Inidipanggil sebagai kraf seperti penulisan, pertukangan kayu, jahitan, penenunan dan kemahiran. Atauboleh diaplikasikan kepada bahan bukan khusus. Ini, kemudiannya termasuklah profesion yang lainserta aktivitinya. Atau faedah samada dari barangan dan penggunaan kaedah pertukaran barang,peniaga boleh mendapat faedah samada melaui pengembaraan (berniaga) atau pengumpulan hartadan pemerhatian kepada kecenderungan pasaran yang memberi kesan ke atasnya. Inilah yangdipanggil perdagangan. (ms 299-300)

Mendaki tangga dalam karier

“…pangkat dibahagikan secara meluas…kebahagiaan dan kebajikan individu itu cukup rapat dan adabersangkutan dengan perolehan pangkat..penganugerahan pangkat merupakan hubungan teruskepada kuasa.” (ms 306)Walaupun ungkapan berani ini dikeluarkan, Ibnu Khaldun telah mengabdikan perbincangan kepada impak yang mana pangkat dan status yang berupaya untuk dimiliki seseorang untuk menjalani kehidupan. Kebanyakkan kita secara terus mempunyai pengalaman akan keperluan untuk mendakitangga yang telah dikenalpasti bagi mennambah keupayaan kita untuk menambah wang ataumeningkatkan pengaruh. Pangkat membenarkan seseoarang untuk mempunyai laluan kepada peluang.Tanpanya, seseorang tidak akan berupaya mengawal sumber, tujuan dan hubungan diantaranya pada satu masa.

Memperolehi pangkat memerlukan kepuashatian senior/pemimpin; kemegahan akanmenjejaskan kemajuan.

“..seseorang yang mencari dan berkehendakkan pangkat mesti mengampu dan perlu kepadamenggunakan puji-pujian ke atas orang yang berkuasa dan pemimpin. Sebaliknya, ia amatlah mustahil baginya untuk mendapatkan pangkat. Makanya, pengampuan dan puji-pujian merupakan sebab-sebab kenapa seseorang itu berupaya memperolehi kedudukan yang menghasilkan kebahgiaandan faedah dan amat mewah dan bahagialah bagi sesiapa yang memperolehinya (kuasa). Maka,terlalu ramai orang yang cukup megah dan angkuh sekiranya berkuasa. Pendapatn mereka secaralangsung, akan terbatas terhadap keputusan ke atas daya usaha yang dimiliki oleh mereka…” (ms307).
Sekali pandang, petikan diatas lebih merujuk kepada ampu sebagai satu yang sikap negatif yangdigunakan untuk “mendahului” pada konteks yang lain. Dalam kata lain, kita tidak septutnya kelirudengan cara “mengipas”. Apabila kita meletakkan komen atas mengampu dengan bacaan padabahagian selepasnya, ini membicarakan berkenaan akibat/kesan atas kemegahan yang lebih masukakal. Apa yang Ibnu Khaldun bicarakan di sini adalah bagaimana orang bekerja antara satu sama lain.Idea ini amat mudah baginya – sekiranya anda boleh bekerja dengan orang lain, anda akanmemperolehi kedudukan/pangkat lebih tinggi dari yang lain dan jika anda gagal dalam keupyaanuntuk mendapatkan kedudukan, ianya adalah terhad kepada ras megah yang palsu semata-mata.

Apakah kualiti yang diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perdagangan?

Memahami pasaran.
“…perdagangan bermaksud meningkatkan modal seseorang dengan membeli barangan dan cuba untukmenjualnya pada kadar lebih tinggi dari harga sebenar, sama ada menunggu aliran pasaran ataumengangkut barangan ke Negara di mana barangan tadi lebih dikehendaki dan membawa kepadaharga yang lebih tinggi atau menjualnya dengan harga lebih tinggi pada masa depan”. (ms 312)Perniagaan adalah mudah – setidaknya pada Ibnu Khaldun, barangan dibeli pada harga rendah dandijual pada harga yang tinggi. Aturan mudah ini juga diaplikasi pada perniagaan moden dan ianyasecara langsung difahami oleh usahawan untuk memahami pasaran luar dan dalam. Tidak kisahlah samada anda menjual pisang, bot atau bangunan. Pembekalan, keperluan, penggunaan, perbelanjaanbagi impot dan ekspot dan sebagainya.- itu semua dirangkumkan kepada pengiraan terhadap apayang ingin dijual.

Kemahiran Berunding
“ Dalam percubaan bagi memperolehi peningkatan modal yang mencetuskan faedah, tidaklah dapatdielakkan akan modal seseorang itu jatuh ke tangan pedagang, dalam proses pembelian dan jualandan penantian terhadap pembayaran… Semua ini menyebabkan peniaga dalam kesusahan..Sekiranyadia tidak takut akan pertengakaran, tahu bagaimana menyelesaikan akaun dan sentiasa untukmelibatkan diri dalam pertikaian..dia mempunyai peluang yang lebih dilayani secara adil olehpedagang..sebaliknya dia mesti melindungi diri dengan pangkat..sesiapa yang takut atau tidakaggresif..jauhilah perdagangan”. (ms 313)
Kejayaan dalam perniagaan memerlukan keazaman berterusan, dedikasi, ketabahan dan semangattulen untuk berjaya. Tidak kisahlah samada anda pengendali warung, peniaga ekuiti, penjual kasutsecara dalam internet dan sebagainya- hanya satu factor akan mendorong kearah kejayaan. Dan samaada anda berunding dengan harga yang lebih baik bagi sepasang kasut atau nilai sukuk yang berjutaringgit, kaedah perundingan adalah sesuatu yang peru dikuasai.

Apa yang mesti diperolehi?
Adakah idea sejarahwan abad ke-14 ini berkaitan dengan kita? Bagii semua, ini bukanlah satu soalanyang mustahak ditanya. Kita Percaya yang kunci kepada persoalan adalah bagaimana kitamemperolehi manafaat dari dea-idea tersebut. Sekali pandang, tulisan Ibnu Khaldun itu jauh benardari dunia hiruk-pikuk dunia moden tetapi motivasi dan kerja dinamik beserta kepimpinan yang beliauperincikan mempunyai persamaan terhadap hidup kita sekarang. Kita semua mahu memperolehikehidupan sejahtera, bergerak ke hadapan dan berjaya dalam lapangan – samada kita menjual kacangputih atau pemikiran bernas. Ibnu Khaldun bercakap kepada kita tentang bagaimana untuk menjalanipenghidupan, memeimpin dan berjaya.

1 comments:

Rantong June 26, 2009 at 8:51 PM  

Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Post a Comment

MESSAGES


ShoutMix chat widget

COUNTER

Followers